Kami memandang serius terhadap privasi. Notis ini memberitahu anda tentang siapa kami, apakah data peribadi yang dikumpulkan dan apa yang kami lakukan dengan maklumat tersebut. Kami menggunakan maklumat anda melalui amalan keselamatan siber yang kukuh selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai. Klik pada setiap bahagian untuk maklumat lanjut.
Sila juga baca terma-terma penggunaan kami yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minati. Ia memberikan maklumat lanjut tentang cara kami menjalankan perniagaan, dan sebarang sekatan ke atas kelayakan yang mungkin terpakai.
Notis privasi ini dikeluarkan oleh kumpulan syarikat Vectura Fertin Pharma, yang terdiri daripada beberapa syarikat atau “ahli gabungan” seperti yang dinyatakan pada akhir notis ini.
“Kami” (atau “kita”) merujuk kepada Vectura Fertin Pharma Inc. dan ahli gabungannya.
Kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda dalam pelbagai cara.
- Anda mungkin memberikan kami maklumat secara terus (cth. mengisi borang).
- Kami mungkin mengumpul maklumat secara automatik apabila anda berinteraksi dengan sistem kami (cth. apabila anda melayari tapak sesawang Vectura Fertin Pharma atau, apabila kami menggunakan teknologi untuk memantau anda apabila anda menerima atau membuka e-mel).
- Kami juga mungkin memperoleh maklumat daripada pihak ketiga (cth. maklumat statistik tentang penduduk di kawasan geografi tertentu).
- Sebagai contoh, di mana yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin membuat kesimpulan maklumat tentang anda daripada maklumat agregat yang kami peroleh daripada pihak ketiga. Ini mungkin termasuk, sebagai contoh, maklumat statistik tentang orang di kawasan-kawasan geografi tertentu.
Dalam notis ini, kami merujuk kepada semua kaedah yang anda gunakan untuk menghubungi kami sebagai “titik sentuhan”. Titik sentuhan merangkumi titik sentuhan digital (cth. tapak sesawang).
Kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda secara automatik melalui penggunaan kuki dan teknologi penjejakan serupa kepada titik sentuhan digital. Kuki dan teknologi khusus yang digunakan akan bergantung pada titik sentuhan yang berkenaan. Untuk mengetahui tentang kuki dan teknologi serupa yang digunakan pada titik sentuhan, termasuk cara anda boleh menerima atau menolak kuki, sila lihat notis kuki yang disediakan pada atau melalui titik sentuhan tersebut.
Kami juga mungkin mengumpul maklumat dalam konteks lain yang akan dijelaskan kepada anda pada masa itu.
Kami mungkin mengumpul maklumat yang anda berikan secara langsung. Biasanya, ini akan berlaku apabila anda:
- meminta maklumat mengenai produk-produk kami;
- menggunakan titik sentuhan digital Vectura Fertin Pharma (cth. tapak sesawang);
- menghubungi kami melalui titik sentuhan, atau melalui e-mel.
Kami mungkin mengumpul maklumat daripada peranti elektronik, jika anda memilih untuk menghantar maklumat tersebut kepada kami. Ini mungkin dikongsikan dengan kami melalui sambungan terus kepada internet.
Kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda secara automatik. Biasanya, ini akan berlaku apabila anda:
- berkomunikasi dengan kami (cth. melalui titik sentuhan);
- menggunakan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma (cth. melalui mekanisme penjejakan (seperti kuki dan suar web/piksel), di mana kami menggunakannya, yang anda terima apabila anda menggunakan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma atau apabila anda menerima e-mel daripada kami);
- menggunakan tapak sesawang pihak ketiga (cth. menggunakan teknologi yang serupa dengan yang diterangkan di perenggan di atas, yang anda terima apabila anda melawati titik sentuhan PMI atau menerima e-mel daripada kami); atau
Seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda secara automatik melalui penggunaan kuki dan teknologi penjejakan yang serupa (seperti suar web/piksel) yang anda terima apabila anda melawati titik sentuhan digital Vectura Fertin Pharma atau menerima mesej elektronik daripada kami. Kuki khusus dan mekanisme lain yang digunakan akan bergantung pada titik sentuhan dalam soalan. Untuk mengetahui tentang mekanisme yang digunakan pada titik sentuhan Vectura Fertin Pharma, termasuk cara anda boleh menerima atau menolak kuki, sila lihat maklumat yang disediakan pada atau melalui titik sentuhan tersebut. Mekanisme ini mungkin termasuk kuki Google Analytics (lihat www.google.com/policies/privacy/partners/)
Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin memperoleh maklumat tentang anda daripada pihak ketiga. Ini mungkin termasuk maklumat yang dikongsi bersama ahli gabungan Vectura Fertin Pharma.
Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin membuat kesimpulan maklumat mengenai anda daripada maklumat tentang anda yang telah kami miliki. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan maklumat agregat tentang orang di kawasan geografi tertentu yang kami peroleh daripada pihak ketiga, untuk membuat kesimpulan tentang pilihan anda.
Kami juga mungkin mengumpul maklumat dalam konteks lain yang dijelaskan kepada anda pada masa itu.
Jika anda tidak memberikan kami maklumat yang kami minta dan kami nyatakan sebagai wajib, kami mungkin tidak dapat memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta.
Kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun dengan sengaja. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpul maklumat sedemikian daripada individu di bawah 18 tahun tanpa pengesahan kebenaran ibu bapa, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Jika anda percaya kami mungkin mempunyai sebarang maklumat daripada atau tentang individu di bawah umur 18 tahun, sila hubungi kami di maklumat yang diberikan di bawah.
Kami mungkin mengumpul pelbagai jenis maklumat tentang anda:
- maklumat yang anda berikan kepada kami dalam borang atau tinjauan, dan maklumat serupa yang anda berikan kepada pihak ketiga untuk dipindahkan kepada kami
- maklumat yang anda berikan melalui komunikasi (cth. e-mel) anda dengan pusat hubungan
Maklumat yang kami kumpulkan daripada anda secara langsung akan jelas daripada konteks di mana anda memberikannya.
Maklumat yang kami kumpulkan daripada peranti elektronik, jika anda memilih untuk menghantar maklumat tersebut kepada kami. Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik biasanya melibatkan:
- penggunaan tapak sesawang pihak ketiga oleh anda, di mana maklumat yang dikumpul oleh tapak sesawang pihak ketiga tersebut adalah serupa dengan apa yang diterangkan di perenggan atas (kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi penjejakan serupa (seperti piksel/suar web) untuk melakukan ini);
- peranti dan perisian mudah alih atau desktop anda (seperti alamat IP anda atau pengecam peranti unik anda (cth., pengecam pengiklanan mudah alih (MAID) atau Android ID (SSAID)), data lokasi anda (sama ada lokasi awam anda (yang berasal daripada alamat IP anda, di mana maklumat yang kami peroleh ialah maklumat umum, cth. bandar anda berada), atau lokasi tepat anda (jika anda memilih untuk berkonsgi maklumat ini dengan kami untuk tujuan tertentu, cth. pengesan kedai)), tetapan paparan monitor anda, web jenis penyemak imbas, sistem pengendalian, (sesetengahnya mungkin digunakan dalam “cap jari digital” (lihat untuk tujuan apa kami menggunakan maklumat tentang anda di bawah)) dan butiran sebarang kuki (atau teknologi serupa) yang mungkin kami simpan pada peranti anda); dan
Maklumat yang kami kumpulkan daripada pihak ketiga akan secara amnya terdiri daripada maklumat yang tersedia secara umum.
Dalam bahagian ini, kami menerangkan tujuan kami menggunakan maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, ini adalah notis global, dan apabila undang-undang sesebuah negara menyekat atau melarang aktiviti yang diterangkan di dalam notis ini, kami tidak akan menggunakan maklumat tentang anda untuk tujuan tersebut di negara tersebut.
Tertakluk kepada perkara di atas, kami menggunakan maklumat tentang anda untuk tujuan berikut:
- Untuk mematuhi tanggungjawab pengawalseliaan
- Untuk menyediakan perkhidmatan maklumat produk kepada anda, termasuk berurusan dengan pertanyaan dan permintaan anda
- Untuk tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda, atau akan dijelaskan mengikut konteks, pada ketika maklumat tentang anda mula-mula dikumpulkan
Asas undang-undang untuk penggunaan maklumat tentang anda adalah salah satu daripada yang berikut:
- pematuhan terhadap tanggungjawab undang-undang di mana kami tertakluk kepadanya;
- kepentingan perniagaan yang sah yang tidak digantikan oleh kepentingan yang anda miliki untuk melindungi maklumat tersebut;
jika tiada satu pun perkara di atas terpakai, atau jika undang-undang memerlukannya, persetujuan anda (yang kami akan minta sebelum kami memproses maklumat tersebut).
Tujuan | Kaedah pengumpulan dan asas undang-undang untuk pemprosesan |
Pematuhan kepada tanggungjawab pengawalseliaan | Maklumat ini secara amnya diberikan kepada kami oleh anda secara langsung. |
Menyediakan perkhidmatan maklumat produk berurusan dengan pertanyaan dan permintaan anda bersesuaian dengan anda pentadbiran am dan penyelesaian masalah | Maklumat ini secara amnya anda berikan kepada kami secara langsung tetapi mungkin digabungkan dengan maklumat yang kami kumpulkan secara automatik (contohnya, menggunakan teknologi (seperti kuki dan suar web/piksel) untuk memantau penggunaan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma dan e-mel anda daripada kami), serta menggunakan teknologi serupa untuk memantau penggunaan titik sentuhan pihak ketiga anda; dan (di mana yang dibenarkan oleh undang-undang) maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga. Kami menggunakan maklumat ini kerana kami mempunyai kepentingan perniagaan yang sah dalam menyediakan perkhidmatan maklumat produk kepada pelanggan kami yang tidak digantikan oleh kepentingan yang anda miliki untuk melindungi maklumat tentang anda. |
Memasarkan produk kami (di mana yang dibenarkan oleh undang-undang) membangunkan strategi pemasaran | Biasanya, ini merupakan gabungan maklumat yang anda berikan kepada kami (cth. e-mel anda); maklumat yang kami kumpulkan secara automatik (cth., menggunakan teknologi (seperti kuki dan suar web/piksel) untuk memantau penggunaan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma dan mesej elektronik anda (cth. e-mel daripada kami), dan menggunakan teknologi serupa untuk memantau penggunaan anda pada titik sentuhan pihak ketiga; dan (di mana yang dibenarkan oleh undang-undang) maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga. Kami menggunakannya atas dasar sama ada: kami mempunyai persetujuan anda untuk melakukan ini (kes-kes begini akan lebih jelas daripada konteks penggunaan); atau kami mempunyai kepentingan perniagaan yang sah untuk mengendalikan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma dengan cara yang tidak digantikan oleh kepentingan, hak dan kebebasan untuk melindungi maklumat tentang anda. |
Memasarkan produk kami (di mana yang dibenarkan oleh undang-undang) memberi anda maklumat tentang, dan mengurus, ahli gabungan Vectura Fertin Pharma, promosi, produk dan perkhidmatan mereka, dan peraturan produk kami membangunkan dan menambah baik alat untuk mencapai tujuan ini | Biasanya, ini merupakan gabungan maklumat yang anda berikan kepada kami (cth. e-mel anda); maklumat yang kami kumpulkan secara automatik (cth. menggunakan teknologi (seperti kuki dan suar web/piksel) untuk memantau penggunaan anda terhadap titik sentuhan Vectura Fertin Pharma dan mesej elektronik (cth. e-mel daripada kami), dan menggunakan teknologi yang serupa untuk memantau penggunaan anda pada titik sentuhan pihak ketiga; dan (di mana dibenarkan oleh undang-undang) maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga (cth. maklumat statistik). Kami menggunakannya atas dasar yang kami mempunyai kepentingan perniagaan yang sah untuk memasarkan perkara ini yang tidak diatasi oleh kepentingan, hak dan kebebasan untuk melindungi maklumat tentang anda. Di negara tertentu, dimana dikehendaki oleh undang-undang, kami akan menghantar bahan ini kepada anda dalam format elektronik, dan kami akan menggunakan teknologi ini, hanya dengan persetujuan anda. |
Penggunaan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma Untuk membolehkan anda menggunakan, dan meningkatkan pengalaman anda semasa mengguna titik sentuhan Vectura Fertin Pharma | Kami menggunakannya atas dasar berikut: (a) kami mempunyai kepentingan perniagaan yang sah untuk memberikan anda titik sentuhan Vectura Fertin Pharma, dan untuk memberikan anda sokongan ini, sokongan ini tidak digantikan oleh kepentingan, hak dan kebebasan untuk melindungi maklumat tentang anda; atau (b) bahawa anda telah bersetuju dengan penggunaan ini (kes-kes ini akan lebih jelas daripada konteks penggunaan). |
Sokongan untuk semua tujuan di atas membolehkan anda menggunakan titik sentuhan Vectura Fertin Pharma berhubung dengan anda | Biasanya, ini merupakan maklumat yang kami kumpulkan secara automatik (cth. maklumat tentang peranti anda dan kuki dan teknologi penjejakan yang serupa, “cap jari digital” seperti yang diterangkan di atas dan (jika dibenarkan) rakaman panggilan anda (dan transkripsi rakaman tersebut) atau lawatan ke titik sentuhan Vectura Fertin Pharma). Kami menggunakannya atas dasar yang sepadan dengan tujuan penggunaan maklumat yang kami sokong. |
Analisis dan penambahbaikan perniagaan
| Biasanya, ini merupakan gabungan maklumat yang anda berikan kepada kami (seperti maklumat daripada komunikasi anda dengan titik sentuh Vectura Fertin Pharma); maklumat yang kami kumpulkan daripada maklumat peranti elektronik anda yang kami kumpulkan secara automatik; dan (jika dibenarkan oleh undang-undang) maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga. Apabila kami mempunyai lebih daripada satu jenis maklumat daripada kategori ini, kami akan menggabungkannya untuk menambah baik analisis kami. Kami menggunakannya atas dasar berikut sama ada:
|
Apabila kami tidak mengasaskan penggunaan maklumat kami tentang anda pada salah satu asas undang-undang di atas, atau di mana undang-undang memerlukannya, kami akan meminta persetujuan anda sebelum kami memproses maklumat (kes-kes ini akan lebih jelas daripada konteks).
Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menggunakan maklumat tentang anda dengan cara yang tidak diterangkan di atas. Jika ini berlaku, kami akan memberikan notis privasi tambahan yang menerangkan penggunaan sedemikian. Anda hendaklah membaca sebarang notis tambahan bersama-sama dengan notis ini.
Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan:
- ahli gabungan Vectura Fertin Pharma;
- pihak ketiga yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada ahli gabungan Vectura Fertin Pharma atau yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda;
- ahli gabungan Vectura Fertin Pharma yang dipilih dengan teliti (dalam bidang yang berkaitan dengan produk kami, atau selaras dengan gaya dan imej mereka) supaya mereka boleh menghubungi anda dengan tawaran yang mereka fikir mungkin menarik minat anda, mengikut keutamaan anda; dan
- pihak ketiga yang lain, jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
Kami berkongsi maklumat tentang anda dengan orang lain hanya mengikut undang-undang yang terpakai. Oleh itu, jika undang-undang memerlukan persetujuan anda, kami akan meminta persetujuan anda terlebih dahulu.
- Syarikat dalam kumpulan syarikat Vectura Fertin Pharma; termasuk pemiliknya, Philip Morris Products S.A. dan ahli gabungannya.
- Maklumat tentang anda mungkin dikongsi dengan ahli gabungan Vectura Fertin Pharma yang bertanggungjawab ke atas negara tempat anda tinggal (jika bukan ahli gabungan Vectura Fertin Pharma yang mula-mula mengumpul maklumat) untuk semua tujuan yang diterangkan dalam notis ini.
- Maklumat tentang anda boleh dikongsi dengan mana-mana ahli gabungan Vectura Fertin Pharma lain yang anda hubungi (contohnya maklumat mengenai produk Vectura Fertin Pharma) untuk meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda.
Perkongsian Data Dengan Pihak Ketiga
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan pihak ketiga yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada ahli gabungan Vectura Fertin Pharma atau yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda (seperti penasihat dan penyedia perkhidmatan maklumat).
- Apabila dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan rakan kongsi perniagaan dan pengiklan pihak ketiga yang dipilih dengan teliti oleh ahli gabungan Vectura Fertin Pharma (selaras dengan jenis perkara yang mungkin anda kaitkan dengan produk kami, contohnya kerana mereka mempunyai produk yang serupa, atau mereka mempunyai imej pelengkap, gaya pelengkap atau fungsi pelengkap).
- Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan pihak ketiga yang lain, jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, sebagai contoh: pihak berkuasa kawal selia; jabatan kerajaan; sebagai tindak balas kepada permintaan daripada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang atau pegawai kerajaan yang lain; apabila kami menganggap sebarang pendedahan diperlukan atau sesuai untuk mengelakkan bahaya fizikal atau kerugian kewangan atau berkaitan dengan penyiasatan aktiviti yang disyaki atau menyalahi undang-undang sebenar; dan dalam konteks penstrukturan semula organisasi.
Seperti mana-mana organisasi multinasional, kami memindahkan maklumat secara global kepada ahli gabungan dan penyedia perkhidmatan kami. Oleh itu, data anda mungkin dipindahkan ke negara lain sebagai sebahagian daripada operasi standard kami. Setiap kali kami memindahkan data anda ke luar negara, kami akan mengehadkan akses terhadap data anda hanya kepada mereka yang perlu melihat data anda, memproses data anda mengikut piawaian perlindungan data dalaman kami, melindungi data anda dengan sewajarnya dan hanya memindahkan maklumat yang mematuhi undang-undang privasi data yang berkenaan. Apabila data anda dipindahkan, kami akan memerlukan pihak penerima untuk menjaga kesulitan data anda, memadamkan data anda apabila ia tidak diperlukan lagi dan bertindak mengikut notis privasi ini. Sehubungan itu, maklumat tentang anda mungkin dipindahkan di luar bidang kuasa anda. Contohnya, jika anda tinggal di EU, EEA, UK, Australia atau Jepun, data anda mungkin diproses di negara lain.
Apabila menggunakan maklumat seperti yang diterangkan dalam notis ini, maklumat tentang anda mungkin dipindahkan sama ada di dalam atau di luar negara atau wilayah tempat maklumat tersebut dikumpulkan, termasuk ke negara atau wilayah yang mungkin tidak mempunyai standard perlindungan data yang setara.
Sebagai contoh, kami dan ahli gabungan Vectura Fertin Pharma lain dalam EU dan EEA boleh memindahkan maklumat peribadi kepada ahli gabungan Vectura Fertin Pharma, atau kepada pembekal perkhidmatan mereka, di luar EU dan EEA. Dalam semua kes sedemikian, pemindahan adalah:
- atas dasar keputusan kecukupan oleh Suruhanjaya Eropah;
- tertakluk kepada perlindungan yang sesuai, contohnya Klausa Kontrak Standard EU atau peraturan korporat yang mengikat; atau
- dengan persetujuan anda atau jika perlu untuk menunaikan tanggungjawab di bawah kontrak antara anda dan kami (atau perlaksanaan langkah pra-kontrak yang diambil atas permintaan anda) atau untuk kesimpulan atau perlaksanaan kontrak yang dibuat untuk kepentingan anda antara kami dan pihak ketiga, seperti berkaitan dengan pengaturan perjalanan.
Untuk pemindahan dari UK, berdasarkan GDPR UK dan panduan Pejabat Pesuruhjaya Maklumat.
Dalam semua kes, langkah keselamatan yang sesuai untuk perlindungan maklumat peribadi akan digunakan di negara atau wilayah tersebut, mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Pembekal perkhidmatan kami terletak di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk, khususnya di EEA, Switzerland, Amerika Syarikat, Kanada, India, Filipina, Indonesia dan Australia.
Kami melaksanakan langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi yang kami pegang daripada pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan. Di mana yang berkenaan, kami menggunakan penyulitan (encryption) dan teknologi lain yang boleh membantu dalam melindungi maklumat yang anda berikan. Kami juga memerlukan pembekal perkhidmatan kami untuk mematuhi keperluan privasi dan keselamatan data yang ketat.
Kami akan menyimpan maklumat tentang anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan maklumat itu dikumpul mengikut piawaian pengekalan data dalaman kami. Selepas itu, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Tempoh adalah berbeza-beza bergantung kepada tujuan maklumat itu dikumpulkan. Sila ambil perhatian bahawa dalam beberapa keadaan, anda mempunyai hak untuk meminta kami memadamkan maklumat tersebut. Selain itu, kami kadangkala tertakluk kepada tanggungjawab undang-undang, kami kadangkala diwajibkan di sisi undang-undang untuk mengekalkan maklumat, contohnya, untuk tujuan cukai dan perakaunan, sama ada untuk mengekalkan maklumat itu untuk tempoh masa minimum yang ditetapkan, atau untuk memadamkannya selepas tempoh masa maksimum yang ditetapkan.
Biasanya, kami mengekalkan data berdasarkan kriteria yang diterangkan dalam jadual di bawah. Jika tempoh ini bercanggah dengan kewajipan undang-undang, contohnya, untuk tujuan cukai dan perakaunan, kami mungkin perlu mengekalkan maklumat untuk tempoh masa minimum baru yang ditetapkan, atau kami mungkin perlu memadamkan maklumat selepas tempoh masa maksimum baru yang ditetapkan. Di dalam situasi begini kami akan menggunakan tempoh baru yang ditetapkan.
Jenis | Penjelasan/kriteria pengekalan tipikal |
Penyelidikan pasaran | Jika kami menggunakan maklumat yang tersedia secara umum tentang anda untuk memahami pasaran atau pilihan anda, kami akan mengekalkan maklumat tentang anda untuk tempoh yang singkat untuk melaksanakan item penyelidikan pasaran tertentu.
|
Sistem audit dan pencegahan penipuan | Log sistem audit biasanya disimpan untuk tempoh sehingga 6 bulan untuk sistem pemulihan dan sehingga 10 tahun untuk pencegahan penipuan. |
Analisis perniagaan | Kami menyimpan kebanyakan data analisis perniagaan untuk tempoh hubungan pemasaran kami dengan anda seperti yang diterangkan di dalam baris pertama jadual ini. Walau bagaimanapun, beberapa elemen daripada data analisis perniagaan tersebut, seperti beberapa maklumat peranti (jika anda memilih untuk berkongsi maklumat tersebut dengan kami), akan lapuk secara semula jadi selepas satu tempoh masa, jadi kami akan memadamkan maklumat seperti ini secara automatik selepas tempoh yang kami tetapkan. Tempoh yang kami tetapkan untuk maklumlat begini adalah tempoh yang sesuai untuk tujuan kami mengumpulkan maklumat tersebut. |
Anda mungkin mempunyai beberapa atau semua hak berikut berkenaan dengan maklumat anda yang kami pegang:
- meminta kami untuk memberikan anda akses kepada maklumat tersebut;
- meminta kami untuk membetulkan, mengemas kini atau memadamkan maklumat tersebut;
- meminta kami untuk mengehadkan penggunaan kami terhadap maklumat tersebut, dalam keadaan tertentu;
- membantah kami menggunakan maklumat tersebut, dalam keadaan tertentu;
- kemudahalihan data, dalam keadaan tertentu;
- menarik diri daripada kami menggunakan maklumat tersebut untuk pemasaran langsung; dan
- membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan di negara anda (jika ada).
Kami menawarkan anda cara yang mudah untuk melaksanakan hak-hak di atas, seperti pautan “berhenti melanggan”, atau memberikan anda alamat hubungan untuk menghubungi kami, dalam mesej yang anda terima.
Sesetengah aplikasi mudah alih yang kami tawarkan mungkin juga menghantar paparan mesej kepada anda, contohnya tentang produk atau perkhidmatan baharu. Anda boleh menolak mesej ini melalui tetapan telefon atau aplikasi anda.
Hak yang anda miliki bergantung kepada undang-undang negara anda. Jika anda berada di UK, Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, anda akan mempunyai hak yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Jika anda berada di kawasan lain, anda boleh menghubungi kami (lihat perenggan “Siapa yang patut anda hubungi untuk bertanyakan soalan?” pada hujung notis ini) untuk maklumat lebih lanjut.
Hak berdasarkan maklumat yang kami pegang | Butiran lanjut (nota: had undang-undang tertentu untuk semua hak ini terpakai) |
Untuk meminta kami memberi anda akses kepadanya | Ini adalah pengesahan:
Atas permintaan anda, kami akan memberikan anda salinan maklumat tentang anda yang kami gunakan (dengan syarat salinan maklumat ini tidak menjejaskan hak dan kebebasan orang lain). |
Untuk meminta kami membetulkan atau mengemas kininya | Ini terpakai jika maklumat yang kami pegang tidak tepat atau tidak lengkap. |
Untuk meminta kami untuk memadamkannya dan dalam beberapa kes lanjutan daripada hak ini, hak untuk dilupakan
| Ini terpakai sekiranya:
|
Untuk meminta kami menyekat pemprosesannya | Hak ini terpakai, sementara kami meneliti kes anda, sekiranya anda:
(jika anda menggunakan hak anda dalam kes ini, kami akan memberitahu anda sebelum kami menggunakan maklumat itu semula). Hak ini juga terpakai sekiranya:
|
Untuk membantah kami memprosesnya | Jika kami menggunakan maklumat tentang anda atas dasar kepentingan yang sah, anda boleh membantah kami menggunakannya untuk tujuan tersebut, memberikan kami penjelasan tentang situasi khusus anda, dan kami akan mempertimbangkan bantahan anda. |
Untuk menarik balik persetujuan anda untuk kami menggunakannya | Ini terpakai jika asas undang-undang yang kami gunakan maklumat tentang anda adalah persetujuan anda. Kes-kes begini akan lebih jelas dengan konteks. |
Untuk kemudahalihan data | Jika: (i) anda telah memberikan data kepada kami; dan (ii) kami menggunakan data tersebut, dengan cara automatik, dan atas dasar sama ada persetujuan anda, maka anda mempunyai hak untuk menerima kembali data daripada kami dalam format yang biasa digunakan, dan hak untuk menghendaki kami menghantar data tersebut kepada orang lain jika secara teknikalnya kami boleh berbuat demikian. |
Untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang melakukan penyeliaan di negara anda | Jika anda mempunyai sebarang aduan, kami mengalu-alukan peluang untuk menyelesaikan aduan ini untuk anda secara langsung. Sila pertimbangkan untuk menghubungi kami melalui butiran hubungan yang dipautkan bersama pada permulaan notis ini sebelum menghubungi pihak berkuasa penyeliaan. Jika anda ingin menghubungi pihak berkuasa penyeliaan, butiran pihak berkuasa tersebut adalah seperti berikut:
Jika anda tidak pasti mengenai pihak berkuasa yang melakukan penyeliaan di kawasan anda, sila hubungi kami menggunakan butiran yang dipautkan di bahagian atas halaman ini. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin melaksanakan mana-mana hak anda, anda boleh mendapatkan butiran hubungan ahli gabungan Vectura Fertin Pharma yang berkaitan.
Jika anda di Malaysia anda boleh menghubungi Ketua Perniagaan di VFP Malaysia melalui telefon +603 7651 7723 atau melalui emel di [email protected].
Jika negara anda mempunyai pihak berkuasa perlindungan data, anda mempunyai hak untuk menghubunginya untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan. Jika ahli gabungan Vectura Fertin Pharma yang berkaitan tidak dapat menyelesaikan soalan atau kebimbangan anda, anda juga mungkin mempunyai hak untuk memperoleh remedi kehakiman di mahkamah di negara anda.
Perubahan kepada notis ini
Kami mungkin mengemas kini notis ini (dan sebarang notis privasi tambahan), dari masa ke semasa. Di mana undang-undang memerlukannya, kami akan memberitahu anda tentang perubahan tersebut; selanjutnya, di mana undang-undang memerlukannya, kami juga akan mendapatkan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.
Bahasa
Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Draf pertama pada Januari 2024.
Ryze Frosty Mint 2mg Nicotine Gum should be used as a relief of nicotine withdrawal symptoms as an aid to smoking cessation
MAL19086004XZ KKLIU NO: 1265 / EXPIRY DATE: 31.12.26
* THIS PRODUCT IS NOT SUITABLE FOR CHILDREN. DO NOT USE THIS PRODUCT IF YOU HAVE SEVERE HEART DISEASES, ARE PREGNANT OR BREASTFEEDING. NOT TO BE USED BY NON-SMOKERS. CONSULT YOUR HEALTHCARE PROFESSIONAL BEFORE USE. 18 YEARS AND ABOVE